Wednesday, November 23, 2011

Master of Business Administration in Advance Operation Management (MBAKA)

21/11/2011 merupakan tarikh di mana satu perjalanan hidup yang aku pilih telah bermula. Iaitu sambung belajar ke peringkat lebih tinggi iaitu master. Kalau sebelum ini aku belajar dalam bidang kejuruteraan tetapi untuk peringkat kali ini pula aku memilih bidang perniagaan untuk aku pelajari. Aku sememangnya begitu teringin belajar tentang perniagaan. Akhirnya keinginan aku tercapai juga. Aku belajar di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) tempat yang sama aku belajar diperingkat bachelor.

Aku memilih kursus Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dan Operasi Termaju (MBAKA) di Fakulti Teknologi Pengurusan dan Pembangunan (FTPP). Fakulti ini terletak di Kampus Bandar di Hang Tuah. Semua kelas bermula dari pukul 6.30ptg hingga 10.00mlm setiap hari Isnin hingga Rabu di Blok C di tingkat 1 dan 2.

Jadual kelas sem pertama:-
Isnin - MTKM 5053 Marketing Management & Technology - Dr. Mulyaningrum - 6.30ptg hingga 10.00mlm.

Selasa - MTKM 5043 Accounting & Finance for Managers - Prof. Madya Dr. Hanim Norza Baba - 6.30ptg hingga 10.00mlm.

Rabu - MTKM 5063 Technology & Operation Management - Dr. Juhaini Jabar - 6.30ptg hingga 10.00mlm.

Perjalanan hidup pada tarikh 21/11/2011 (Isnin):-
10.30am - Bertolak ke Kampus Induk UTeM di Durian Tunggal, Melaka.
11.00am - Pendaftaran pelajar baru Trisemester MBA di Pusat Pengajian Siswazah.
11.30am - Pendaftaran subjek untuk sem pertama.
12.00pm - Buat kad matrik di Bangunan Canselori di bahagian BPO.
12.15pm - Balik dan pergi membeli peralatan tulis serta buka nota di MYDIN Ayer Keroh.
02.30pm - Pulang ke rumah untuk makan dan berehat.
06.00pm - Bertolak ke Kampus Bandar di Hang Tuah.
06.30pm - Kelas MTKM 5053 - Marketing Management & Technology bermula.
10.00pm - Kelas tamat. Balik jumpa kawan, tengok bola dan bermain futsal di Sport Planet, Cheng.
01.30am - Pulang ke rumah.
02.00am - Mula buat assignment pertama untuk subjek Marketing Management & Technology.
04.00am - Tidur.

Semoga perjalanan hidup ini akan memberikan aku satu kepuasan yang bermakna demi masa depan serta cita-citaku. InsyaALLAH :-)

1 comment:

  1. Nak mintak contact number DR.Juhaini boleh? Kyra student UTeM jugak, takjumpa contact number dia...

    ReplyDelete