Pas abis makan, aku pi la bayar kat kaunter. Terus redah hujan. Tetiba lalu da dekat-dekat dengan Ocean lalu kaki aku terus menapak nak masuk Ocean. Tetiba aku teringat kenangan lama. Dulu aku selalu masuk Ocean sebab nak cari cd games dengan budak-budak serumah. Time tuh baru 1st year kat KUTKM a.k.a UTeM. Baru kenal games katakan. Dah ada laptop sendiri. Mana tak excited nak bli macam-macam cd games. Time tu Ocean sampai tingkat 3 banyak kedai cd. But now tinggal 2 tingkat je kedai yang bukak. Itupun kedai cd kat ground floor je. Actually aku pernah potong rambut kat Ocean gak. Masa 1st year gak la. Tuh bila masuk Ocean semalam barulah terdetik hati nak potong rambut. Ada gak kenangan teman bekas kekasih hati buat rebonding rambut kat Ocean ni. Time tuh da final year kat UTeM. Kenangan je. Mana boleh lupakan. Akal fikiran Alhamdulillah masih cerdas lagi. Hehehe...
So bila da masuk Ocean yang da bertahun aku tak masuk, 1st thing 1st jalan-jalan dulu usha kedai apa je yang tinggal dalam Ocean ni. Bila da puas pusing baru la pi kedai gunting rambut yang aku rasa nak pi. Tapi aku elak nak pi kedai gunting rambut Mak Nyah. Sebabnya, pengalaman lepas aku teman bekas kekasih hati aku pi potong rambut kat kedai gunting rambut Mak Nyah (tapi bukan kat Ocean la..) boleh masa dia dok potong rambut si Sya tuh dia boleh bercerita sex life dia dengan member dia dalam kedai dia tuh. Eeee tak hormat customer betul lah. Geli aku dengar weyh!! Mau muntah hijau aku dibuatnya. So directly aku ckp kat Sya aku tak mau gi kedai tu lagi. Erkk!!
Akhirnya kaki aku masuk satu kedai gunting rambut yang mana hairstylish nya lelaki cina. Lelaki dengan perempuan je aku ok. Jangan Mak Nyah. Seram weyh! haha.. Masuk-masuk kedai aku tanya dulu kat lelaki cina tuh berapa harga kalau potong pendek? Dia kata RM10 sahaja. So aku kata mau potong pendek. Time tuh blur aku mula lagi. Tak tau nak potong pendek yang macam mana. Last-last laki cina itu bagi suggestion buat Mohawk Style. Aku pun on je la. Memang aku biasa buat Mohawk Style pun. Tapi biasanya bila potong nampak biasa je. Balik-balik style yang sama. Ah lantak la. Janji potong sebab rambut aku dah panjang dan kepala aku dah naik pening. Masa tengah potong rambut tuh, perghh dengar radio channel IKIM.fm tuh. Tak sangka betul laki cina ni leh dengar IKIM.fm.
Akhirnya bila abis potong hasilnya.... Perghh aku suka. Aku suka. Aku suka. hehe.. Meh meh tengok gambar rambut Mohawk aku..
Front view
Left side view
Right side view
Kali ni rambut tengah tak potong nipis sangat. Biasa aku suruh tukang gunting rambut nipiskan senipis-nipisnya. So ada nampak macam muka budak nakal tak? hehe.. Sahab dengan Mas kata aku dah macam budak nakal dengan style rambut baru ni. Hehehe.. Tapi pic ni tak dapat tunjukkan angle-angle yang best sebab aku yang tangkap sendiri pic ni. Haha.. Layan~~
Oklah. Malas nak berceritera lagi. Sambung kemudian ok :)
No comments:
Post a Comment