Pelamin decoration English Style. But, yang buat pelamin tuh menyerlah disebabkan wall warna hijau. Actually mak yang pilih warna cat tuh. Its really look nice bila combine dgn pelamin ni dengan hiasan bunga ala-ala english style.
Bilik pengantin. Asalnya bilik aku yang berwarna purple. Tapi setelah mewariskan bilik ni kepada pengantin maka bilik ini telah menjalani pengubahsuaian yg begitu drastik. Dinding telah di cat warna hijau seperti dinding di pelamin. Langsir pun ditukar juga warna hijau. Katil bujang aku telah di remove ke bilik bawah dan digantikan katil queen size seperti gambar di atas. Cadar dan comforter serta barang hantaran menggunakan tema hijau.. Hidup Hijau!! :p
Khemah juga menggunakan warna hijau. Pasang 7 buah khemah serta meja bulat. Walaupun 7 buah khemah tetapi tetap juga tak dapat tampung tetamu yang hadir. Terima kasih kepada yang hadir :)
Tempat makan beradab dan tempat VIP. Juga dihiasi dengan gaya English style. Sangat cantik. Suka sangat dengan tema Hijau. Go GREEN!!
Majlis akad nikah @ 10.00 pagi. Tok kadi tengah mendapatkan pengesahan dan maklumat yang sepatutnya daripada wali iaitu ayah saya sebelum akad dijalankan. Tok kadi sempoi bawa iPad.
Sesi bergambar setelah selesai akad nikah. Mak & abah memakai baju hijau. Hijau lagi.. YEAY!! :)
Bersanding @ 1.00 petang. Pengantin mengenakan persalinan songket hijau dengan dipadankan tudung, samping dan tanjak berwarna cream untuk menyerlahkan lagi si pengantin. Segala-galanya hijau pada perkahwinan adik aku ni.. ALHAMDULILLAH, semua sudah selesai. Semoga berbahagia sampai ke akhir hayat. Aminnn... :)
No comments:
Post a Comment