Tuesday, January 17, 2012

Fazura artis Malaysia paling cantik!

From blog http://beautifulnara.com the most popular entertainment blogger, during 1st of January 2012 they make a survey who the most beautiful women artist at Malaysia. This survey is an online survey and only open for 1 week for fans to survey. Looking down to see the survey that I copy paste from the blogger website..


Here we go, the result  is for the 1st place is Fazura with 3,920 votes (Yeay!!), 2nd goes to Neelofa with 2,423 votes, 3rd goes to Nora Danish with 1,968 votes, 4th goes to Lisa Surihani with 1,641 vote and the 5th goes to Dato' Siti Nurhaliza with 1,272 votes.

After the top 5 result is coming out, another survey also has been made and this top 5 fight again for another 1 week for the final result who The Most Beautiful! Here the final survey result after survey closed, 15th of January 2012:-


Yeah!!! Fazura is the winner!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!  I love Fazura!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Now looking down again for her official Twitter account...... Check it out!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Thats why now I always open my Twitter account :) but i couldn't find my timeline that Fazura and I tweeting each other. But its okey because I have her pic taken by me using my own handphone, in a real life and in front of me :) The pic taken a week before my birthday. And I regard this moment as my birthday present :)



See her beautiful by yourself :)

~Adil love Fazura~
Always & Forever

My wish..

Satu benda yang nak sangat aku miliki yang sangat aku idam-idamkan. Apakah itu? Pastinya Kamera DSLR. Brand yang aku suka ialah Sony. Kenapa aku suka Sony berbanding Nikon atau Canon atau Olympus? Bagi aku sebab aku suka design Sony. Smart dan tak terlalu berat. Cara penggunaan pun sangat friendly user. Mudah nak menguasai cara-cara menggunakan kamera ini. Malah harganya lebih murah berbanding brand lain dan quality juga sangat bagus. Maka, kamera inilah yang menjadi idaman aku. Hope suatu hari nanti aku dapat memiliki kamera ini atau the latest technology DSLR dari brand Sony :)


Sepatutnya aku telah memiliki kamera ini. Tetapi keadaan membuatkan aku lupakan niat untuk membeli kamera ini kerana ketika itu handphone ku rosak dan memaksa aku menggunakan duit yang selama ini aku kumpul untuk membeli kamera ini, digunakan untuk membeli handphone baru. Aduh kecewa sungguh perasaan aku masa tu. Aku terpaksa mengutamakan benda yang lebih penting dari kamera idaman aku ini. Handphone penting kerana mak, abah nak call senang tanya anak diaorang ni ok ke tak, sihat ke tak? Pastu lebih penting supaya manager dapat call untuk mengetahui lokasi aku di mana. Senang nak arahkan buat itu ini. Bukan itu sahaja, My ms. ex pun senang nak cari aku di mana kalau dia tak nampak aku di my own department. Haaa begitulah penangan kepentingan handphone. Tanpa handphone, bagaimana mahu berkomunikasi? Sila jawab!! hahaha..

Kepalaku kosong...

Hari ni aku rasa kosong sangat. Aku macam dah tak tau apa perasaan aku saat ini. Aku rasa aku makin alpa, makin lupa dengan tujuan asal aku. Oh Tuhan, kuatkanlah semangat aku. Aku tak mahu lemah. Aku lemah sekarang. Aku tak mahu terus begini. Aku tak mahu sebab sesuatu yang sukar aku kawal menguasai diri aku dan terus menerus buat aku lemah. Aku kena bangkit dan pertahankan harga diri aku. Aku kena rujuk kembali matlamat asal aku. Aku tak mahu mengecewakan orang-orang yang ingin melihat aku berjaya. Family aku, Kak Salina, kawan-kawan baik dan pensyarah-pensyarah aku. Mereka banyak memberi sokongan terutama Mak & Abah. Jangan kerana ini aku hanyut dibuai perasaan yang akhirnya buat aku jatuh tersungkur. Harga diri adalah segala-galanya. Jagalah sebaik mungkin.


Harap lagu ini memberi dan menambahkan semangat aku semula dan mengingatkan aku dengan tujuan asal aku. Moga aku dapat mengawal keadaan semula....

Don't worry because the worst days of your life are always closely followed by the best days of your life.

Sunday, January 8, 2012

Pergi celebrate besday party chot kat Sri Intan Club, Melaka

Kelmarin chot invite aku gi besday party dia kat Intan Club. So aku setuju la untuk pergi. Semalam, 7/1/2012 seharian aku ada replacement class dari kul 8 pagi sampai kul 5 petang. Penat sebabnya aku tak cukup tidur. Yelah tidur kul 5 pagi, kul 7 pagi dah bangun untuk gi ke kelas. Pas abis kelas gi Jusco jap nak beli A4 paper. Sesak plak kat sana. Adeh.. Penat cari parking. After dah beli terus balik umah. Balik umah tido jap. Itupun tido-tido ayam je sebab tak biasa tido petang. Dalam kul 8.30 malam aku bangun tido dan siap-siap. Pas mandi makan dulu. Si Mas masak ayam kicap. Sedap! Aku makan banyak. hehe... Pas makan terus gerak gi Intan Club.. Sampai kul 2 pagi ar aku kat club..

Happy birthday chot yg ke 24..

During the celebration..

After the party is finished..

Thursday, January 5, 2012

Ceritera tentang berakhirnya 2011 dan datangnya 2012

29/12/2011 - Perjalanan ke rumah kak ein di Pantai Dalam, K.L


Khamis tengahari bertolak ke K.L. Nak gi rumah kak ein dengan mas, sahab dan eyka. Naik 2 buah kereta. Mas of course la dengan sahab. Dan aku plak dengan eyka. Plan aku nak follow mas dengan sahab sebab dah lupa rumah kak ein. Memang penah gi rumah kak ein dulu lepas majlis kahwin mas tapi sudah lupa. hehe. After that nak balik Sg Buloh. Tapi bila dah sampai rumah kak ein tak nak balik rumah pulak. Yelah dah lama tak jumpa abang, adik dengan aideen. Meriah pulak kat rumah kak ein. Seronok je. Aku cam biasa lah kena buli dengan abang dengan adik. Dorang tuh memang pantang dengan aku. Asik nak 'belasah' aku je. hehe.. Kak ein mula lah plan dia petang tuh. Mau tengok wayang beramai-ramai. Nak tengok cerita Suatu Malam Kubur Berasap katanya. Aku tengok preview movie tu macam best je. Alah gi je la tengok. Lagipun reramai. Mesti best. So kak ein pun belilah tiket secara online. 12 orang tengok wayang malam tu. Kami semua tengok movie kat GSC Mid Valley tayangan pukul 9.30 malam. Lepas beli pop corn dengan air, kami semua masuk ke hall. Aku duduk sebelah eyka. Yeay. Buah hatiku. hehe :p Kami kongsi makan pop corn dengan kongsi minum air coke. 15minit selepas kami masuk ke hall, tayangan pun bermula. Aku excited. Mulut plak tak henti-henti makan pop corn. Apapun cerita ini best lah. (Tangan siapa yang sepah-sepah ni, nanti anjing gigit - dialog atan, alif ba ta alif ba ta alif ba ta - dialog bun, sepohon kayu daunya ribut - dialog nyanyi mie, dialog suara sengau si pet). Aku sukalah movie ni. Elok untuk tontonan  santai-santai bersama family. Lepas tengok wayang, kami semua ke cheras untuk makan late supper. Kantoi sesuatu! Abang takut tengok movie tu. Kami semua sakat dia. haha. Dalam pukul 1 lebih pagi barulah sampai rumah. Kat rumah tidur kat sebelah si dak abang. Nak tidur dengan aku katanya. Aku layankan ajelah.

30/12/2011 - Hantar abang ke orientasi pelajar baru tahun 1 di SK Bukit Pantai, K.L


Pukul 8.00 pagi kak ein, mas, dak abang & adik dengan aku bergerak ke sekolah abang. Pagi masa bersiap tu abang punya la cerewet. Spender tak betul la, kasut besar la macam-macam. Sib baik dak adik tak macam tu. Sampai kat sekolah cari lah kelas dak abang ni. Kelas 1 Cekal. So masuk lah si dak abang dalam kelas dia. Kak ein plak bawa dak adik daftar pra sekolah kat sekolah abang gak. Sebab sekolah tu ada provide pra sekolah untuk kanak-kanak berumur 6 tahun. Lepas daftar dak adik, kak ein dengan dak adik gi ke kelas dak abang untuk tengok abang. Si mas plak dok snap pic dak abang. Sampai dak abang kata sudahlah. Malu katanya. hehe. Macam-macamlah dak abang ni. Macho la konon. haha.

Hah! Macho tak si dak abang ni? hehe

Dalam kelas abang kena jawab test. Tengok dari gayanya tak takut untuk angkat tangan dan bertanya kepada cikgu bila dia tak paham. Memang berani ar abang ni. Tak takut langsung. Macam ni lah pelajar bijak, cemerlang, gemilang dan terbilang. Chewahhh! hehe. Around pukul 12 tengahari baru bertolak balik.

Kami otw nak balik dari sekolah abang

Balik dari sekolah, kami semua pergi lunch kat Pantai Dalam. Tapi amik eyka dulu kat rumah baru g lunch. Pastu barulah balik rumah. Kak ein amik aideen kat rumah mak mentua dia. Balik rumah rehat-rehat aje. Malam tu tengok Maharaja Lawak Mega Akhir kat rumah mentua kak ein. Layannn.. OSBON memang best. Tahniah boboi kerana sentiasa lawak setiap minggu walaupun kalah dengan osbon. Balik rumah semula dan tidur.

31/12/2011 - Pulang ke Sg Buloh

Pagi gi breakfast. Dalam pukul 4 petang baru gerak balik ke Sg Buloh. Dah 2 minggu tak jumpa mak abah dengan adik-adik yang lain. Malam tu satu family keluar pergi majlis keluarga terdekat belah abah. Malam new year bersama family besar abah, Seronok sangat. Jumpa atok, mak cik-mak cik, pak cik-pakcik, sepupu-sepapat. Dapat gak tengok bunga api di malam New Year kan. Goodbye 2011. Welcome 2012. Sebelum tidur, aku layan dulu cerita She-Wolf kat TV3. Angel Locsin! hehe.. ;p

1/1/2012 - Pergi ke rumah tok alang di Gombak

Aku bangun pun dah tengahari. So gi ke gombak pun da petang. Gi umah tok alang sebab tok alang balik gombak. Biasa dia kat Sabak Bernam. Tok Alang bagi buah durian. Siap kami gi kait buah rambutan kat belakang rumah dia. Balik dari rumah adik ipar aku request kat mak buat pulut makan dengan durian dan santan segar. Orang kedah biasalah makan macam tu. Al maklumlah adik ipar aku kan orang kedah. Aku pun lahap gak. Sedap. Malam dok rumah je. Tengok tv. Macam biasalah sebelum tidur layan cerita She-Wolf dulu. hehe :p

2/1/2012 - Lepak rumah je

Hari ni lepak rumah je. Tengok tv sampai ke malam. Packing my stuff sebab esoknya nak balik ke Melaka dah. Dalam petang bibik uji call tanya aku boleh tolong hantarkan pursue farah ke kampus dia ke tak sebab farah tertinggal pursue dia. Aku cakap boleh aje. Bibik uji suh amik kat rumah dia.

3/1/2012 - Balik ke Melaka dan pergi Kampus untuk kelas AFM

Dalam pukul 1.30 petang gerak dari rumah. Gi rumah bibik uji dulu. Amik pursue si farah tertinggal. Pastu baru gerak ke Melaka. Sampai melaka je terus menghala ke Lendu. Nak gi UiTM Lendu jupe si farah bagi pursue dia. Dalam pukul 5 petang gak lah sampai ke UiTM Lendu. Pas jupe terus gerak ke Taman Pokok Mangga. Ingat nak ke kelas terus tapi awal lagi. Letak la dulu barang-barang kat rumah. Jupe la si mas tengah dok berusaha melipat segala kain baju dia tu. hehe.. Dalam pukul 6 baru la gerak ke kelas. Sampai je ke kampus g makan roti canai dulu kat Restoran Maju. Pas makan baru la ke kelas. Kelas AFM start pukul 6.30 petang. Sepanjang dalam kelas aku tak dapat menumpukan perhatian. Yelah aku tak paham apa dia ajar. Dah lah tak ada slides. Buku rujukan lagi la tak ada. Nak tulis apa pun aku tak tau. Dah la permohonan aku untuk biasiswa mymaster tak berjaya. Sedih weyh.. tak apa lah. Takde rezeki. Nak buat macam manakan. Janji jangan patah semangat. Balik dari kelas mas sms kata ada cerita Sherlock Holmes. Perghh pecut terus balik rumah semata-mata nak tengok cerita tu. Assignment yang nak kena hantar esok tak buat lagi. haih la labuuuu.. hehe.. Pas habis je cerita Sherlock Holmes, aku terus masuk bilik dan memulakan operasi membuat assignment. Berusaha sedaya upaya menyiapkan assignment. Pukul 7 pagi baru tidur itupun part yang akhir sekali tak buat lagi. Takpe buat kemudian.

4/1/2012 - Siapkan assignment, teman mas g Lawyer Firm & Econsave dan petang pergi ke kelas TOM

Disebabkan aku tidur lambat maka pukul 12 tengahari baru aku bangun. Itupun sebab kakak kesayangan aku, Kak Salina sms aku nak beritahu pasal surat pengesahan berhenti kerja aku yang aku hilangkan tu. Bangun-bangun tegur si mas yang tengah memasak di dapur. Relax-relax dulu untuk menyegarkan mata selepas bangun tidur. Makan lah nasi goreng sebagai lunch aku hari ini. Lepas makan masuk bilik semula untuk menyiapkan assignment. Dalam pukul 2 petang selepas mandi teman mas g lawyer firm untuk bayar fee beli rumah. Balik dari lawyer firm singgah Econsave beli barang-barang untuk masak Spagetthi. Mas nak masak spagetthi katanya. Dah sampai rumah aku pun sambung buat assignment. Tinggal lagi sikit je nak siap. Slow-slow je buat. Mas plak sibuk memasak spagetthi di dapur. Akhirnya siap gak assignment aku. Yeah! Pas mas siap masak apa lagi, makan la kan. Takkan nak ambil bau je kot. hehe.. Lepas makan bersiap-siap gi ke kelas. Sampai kampus dalam pukul 6.30 petang. Pergi cari kedai stationary kat Hang Tuah Walk tapi tak ada. Aiseyhhh. Last-last gi makan roti canai kat Restoran Maju dengan fizah, mirzan & apis. Oh ya hari ini kelas start pukul 8 malam. Lepas makan balik ke kelas. Pergi print assignment yang aku siapkan tadi. Lecturer belum sampai lagi. So borak-borak la dulu dengan kawan-kawan. Dalam pukul 8 lebih baru lecturer masuk. Itupun tak terus mengajar. So after beberapa belas minit berlalu, barulah start mengajar. Itupun bagi 2 soalan ala-ala mid term exam untuk kitaorang jawab. Boleh tahan susah gak. Tapi takpe aku akan terus menguatkan semangat aku untuk terus belajar. hehe.. chewahhh! :p Balik dari kelas aku terus balik rumah. Mas ada di rumah. borak-borak, tengok tv. Last skali hari ini layan cerita hindustan di tv2 Dil To Pagal Hai dan update blog ini. Sekian...