Tuesday, January 17, 2012

Kepalaku kosong...

Hari ni aku rasa kosong sangat. Aku macam dah tak tau apa perasaan aku saat ini. Aku rasa aku makin alpa, makin lupa dengan tujuan asal aku. Oh Tuhan, kuatkanlah semangat aku. Aku tak mahu lemah. Aku lemah sekarang. Aku tak mahu terus begini. Aku tak mahu sebab sesuatu yang sukar aku kawal menguasai diri aku dan terus menerus buat aku lemah. Aku kena bangkit dan pertahankan harga diri aku. Aku kena rujuk kembali matlamat asal aku. Aku tak mahu mengecewakan orang-orang yang ingin melihat aku berjaya. Family aku, Kak Salina, kawan-kawan baik dan pensyarah-pensyarah aku. Mereka banyak memberi sokongan terutama Mak & Abah. Jangan kerana ini aku hanyut dibuai perasaan yang akhirnya buat aku jatuh tersungkur. Harga diri adalah segala-galanya. Jagalah sebaik mungkin.


Harap lagu ini memberi dan menambahkan semangat aku semula dan mengingatkan aku dengan tujuan asal aku. Moga aku dapat mengawal keadaan semula....

Don't worry because the worst days of your life are always closely followed by the best days of your life.

No comments:

Post a Comment