Tuesday, January 17, 2012

Fazura artis Malaysia paling cantik!

From blog http://beautifulnara.com the most popular entertainment blogger, during 1st of January 2012 they make a survey who the most beautiful women artist at Malaysia. This survey is an online survey and only open for 1 week for fans to survey. Looking down to see the survey that I copy paste from the blogger website..


Here we go, the result  is for the 1st place is Fazura with 3,920 votes (Yeay!!), 2nd goes to Neelofa with 2,423 votes, 3rd goes to Nora Danish with 1,968 votes, 4th goes to Lisa Surihani with 1,641 vote and the 5th goes to Dato' Siti Nurhaliza with 1,272 votes.

After the top 5 result is coming out, another survey also has been made and this top 5 fight again for another 1 week for the final result who The Most Beautiful! Here the final survey result after survey closed, 15th of January 2012:-


Yeah!!! Fazura is the winner!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!  I love Fazura!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Now looking down again for her official Twitter account...... Check it out!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Thats why now I always open my Twitter account :) but i couldn't find my timeline that Fazura and I tweeting each other. But its okey because I have her pic taken by me using my own handphone, in a real life and in front of me :) The pic taken a week before my birthday. And I regard this moment as my birthday present :)



See her beautiful by yourself :)

~Adil love Fazura~
Always & Forever

My wish..

Satu benda yang nak sangat aku miliki yang sangat aku idam-idamkan. Apakah itu? Pastinya Kamera DSLR. Brand yang aku suka ialah Sony. Kenapa aku suka Sony berbanding Nikon atau Canon atau Olympus? Bagi aku sebab aku suka design Sony. Smart dan tak terlalu berat. Cara penggunaan pun sangat friendly user. Mudah nak menguasai cara-cara menggunakan kamera ini. Malah harganya lebih murah berbanding brand lain dan quality juga sangat bagus. Maka, kamera inilah yang menjadi idaman aku. Hope suatu hari nanti aku dapat memiliki kamera ini atau the latest technology DSLR dari brand Sony :)


Sepatutnya aku telah memiliki kamera ini. Tetapi keadaan membuatkan aku lupakan niat untuk membeli kamera ini kerana ketika itu handphone ku rosak dan memaksa aku menggunakan duit yang selama ini aku kumpul untuk membeli kamera ini, digunakan untuk membeli handphone baru. Aduh kecewa sungguh perasaan aku masa tu. Aku terpaksa mengutamakan benda yang lebih penting dari kamera idaman aku ini. Handphone penting kerana mak, abah nak call senang tanya anak diaorang ni ok ke tak, sihat ke tak? Pastu lebih penting supaya manager dapat call untuk mengetahui lokasi aku di mana. Senang nak arahkan buat itu ini. Bukan itu sahaja, My ms. ex pun senang nak cari aku di mana kalau dia tak nampak aku di my own department. Haaa begitulah penangan kepentingan handphone. Tanpa handphone, bagaimana mahu berkomunikasi? Sila jawab!! hahaha..

Kepalaku kosong...

Hari ni aku rasa kosong sangat. Aku macam dah tak tau apa perasaan aku saat ini. Aku rasa aku makin alpa, makin lupa dengan tujuan asal aku. Oh Tuhan, kuatkanlah semangat aku. Aku tak mahu lemah. Aku lemah sekarang. Aku tak mahu terus begini. Aku tak mahu sebab sesuatu yang sukar aku kawal menguasai diri aku dan terus menerus buat aku lemah. Aku kena bangkit dan pertahankan harga diri aku. Aku kena rujuk kembali matlamat asal aku. Aku tak mahu mengecewakan orang-orang yang ingin melihat aku berjaya. Family aku, Kak Salina, kawan-kawan baik dan pensyarah-pensyarah aku. Mereka banyak memberi sokongan terutama Mak & Abah. Jangan kerana ini aku hanyut dibuai perasaan yang akhirnya buat aku jatuh tersungkur. Harga diri adalah segala-galanya. Jagalah sebaik mungkin.


Harap lagu ini memberi dan menambahkan semangat aku semula dan mengingatkan aku dengan tujuan asal aku. Moga aku dapat mengawal keadaan semula....

Don't worry because the worst days of your life are always closely followed by the best days of your life.

Sunday, January 8, 2012

Pergi celebrate besday party chot kat Sri Intan Club, Melaka

Kelmarin chot invite aku gi besday party dia kat Intan Club. So aku setuju la untuk pergi. Semalam, 7/1/2012 seharian aku ada replacement class dari kul 8 pagi sampai kul 5 petang. Penat sebabnya aku tak cukup tidur. Yelah tidur kul 5 pagi, kul 7 pagi dah bangun untuk gi ke kelas. Pas abis kelas gi Jusco jap nak beli A4 paper. Sesak plak kat sana. Adeh.. Penat cari parking. After dah beli terus balik umah. Balik umah tido jap. Itupun tido-tido ayam je sebab tak biasa tido petang. Dalam kul 8.30 malam aku bangun tido dan siap-siap. Pas mandi makan dulu. Si Mas masak ayam kicap. Sedap! Aku makan banyak. hehe... Pas makan terus gerak gi Intan Club.. Sampai kul 2 pagi ar aku kat club..

Happy birthday chot yg ke 24..

During the celebration..

After the party is finished..

Thursday, January 5, 2012

Ceritera tentang berakhirnya 2011 dan datangnya 2012

29/12/2011 - Perjalanan ke rumah kak ein di Pantai Dalam, K.L


Khamis tengahari bertolak ke K.L. Nak gi rumah kak ein dengan mas, sahab dan eyka. Naik 2 buah kereta. Mas of course la dengan sahab. Dan aku plak dengan eyka. Plan aku nak follow mas dengan sahab sebab dah lupa rumah kak ein. Memang penah gi rumah kak ein dulu lepas majlis kahwin mas tapi sudah lupa. hehe. After that nak balik Sg Buloh. Tapi bila dah sampai rumah kak ein tak nak balik rumah pulak. Yelah dah lama tak jumpa abang, adik dengan aideen. Meriah pulak kat rumah kak ein. Seronok je. Aku cam biasa lah kena buli dengan abang dengan adik. Dorang tuh memang pantang dengan aku. Asik nak 'belasah' aku je. hehe.. Kak ein mula lah plan dia petang tuh. Mau tengok wayang beramai-ramai. Nak tengok cerita Suatu Malam Kubur Berasap katanya. Aku tengok preview movie tu macam best je. Alah gi je la tengok. Lagipun reramai. Mesti best. So kak ein pun belilah tiket secara online. 12 orang tengok wayang malam tu. Kami semua tengok movie kat GSC Mid Valley tayangan pukul 9.30 malam. Lepas beli pop corn dengan air, kami semua masuk ke hall. Aku duduk sebelah eyka. Yeay. Buah hatiku. hehe :p Kami kongsi makan pop corn dengan kongsi minum air coke. 15minit selepas kami masuk ke hall, tayangan pun bermula. Aku excited. Mulut plak tak henti-henti makan pop corn. Apapun cerita ini best lah. (Tangan siapa yang sepah-sepah ni, nanti anjing gigit - dialog atan, alif ba ta alif ba ta alif ba ta - dialog bun, sepohon kayu daunya ribut - dialog nyanyi mie, dialog suara sengau si pet). Aku sukalah movie ni. Elok untuk tontonan  santai-santai bersama family. Lepas tengok wayang, kami semua ke cheras untuk makan late supper. Kantoi sesuatu! Abang takut tengok movie tu. Kami semua sakat dia. haha. Dalam pukul 1 lebih pagi barulah sampai rumah. Kat rumah tidur kat sebelah si dak abang. Nak tidur dengan aku katanya. Aku layankan ajelah.

30/12/2011 - Hantar abang ke orientasi pelajar baru tahun 1 di SK Bukit Pantai, K.L


Pukul 8.00 pagi kak ein, mas, dak abang & adik dengan aku bergerak ke sekolah abang. Pagi masa bersiap tu abang punya la cerewet. Spender tak betul la, kasut besar la macam-macam. Sib baik dak adik tak macam tu. Sampai kat sekolah cari lah kelas dak abang ni. Kelas 1 Cekal. So masuk lah si dak abang dalam kelas dia. Kak ein plak bawa dak adik daftar pra sekolah kat sekolah abang gak. Sebab sekolah tu ada provide pra sekolah untuk kanak-kanak berumur 6 tahun. Lepas daftar dak adik, kak ein dengan dak adik gi ke kelas dak abang untuk tengok abang. Si mas plak dok snap pic dak abang. Sampai dak abang kata sudahlah. Malu katanya. hehe. Macam-macamlah dak abang ni. Macho la konon. haha.

Hah! Macho tak si dak abang ni? hehe

Dalam kelas abang kena jawab test. Tengok dari gayanya tak takut untuk angkat tangan dan bertanya kepada cikgu bila dia tak paham. Memang berani ar abang ni. Tak takut langsung. Macam ni lah pelajar bijak, cemerlang, gemilang dan terbilang. Chewahhh! hehe. Around pukul 12 tengahari baru bertolak balik.

Kami otw nak balik dari sekolah abang

Balik dari sekolah, kami semua pergi lunch kat Pantai Dalam. Tapi amik eyka dulu kat rumah baru g lunch. Pastu barulah balik rumah. Kak ein amik aideen kat rumah mak mentua dia. Balik rumah rehat-rehat aje. Malam tu tengok Maharaja Lawak Mega Akhir kat rumah mentua kak ein. Layannn.. OSBON memang best. Tahniah boboi kerana sentiasa lawak setiap minggu walaupun kalah dengan osbon. Balik rumah semula dan tidur.

31/12/2011 - Pulang ke Sg Buloh

Pagi gi breakfast. Dalam pukul 4 petang baru gerak balik ke Sg Buloh. Dah 2 minggu tak jumpa mak abah dengan adik-adik yang lain. Malam tu satu family keluar pergi majlis keluarga terdekat belah abah. Malam new year bersama family besar abah, Seronok sangat. Jumpa atok, mak cik-mak cik, pak cik-pakcik, sepupu-sepapat. Dapat gak tengok bunga api di malam New Year kan. Goodbye 2011. Welcome 2012. Sebelum tidur, aku layan dulu cerita She-Wolf kat TV3. Angel Locsin! hehe.. ;p

1/1/2012 - Pergi ke rumah tok alang di Gombak

Aku bangun pun dah tengahari. So gi ke gombak pun da petang. Gi umah tok alang sebab tok alang balik gombak. Biasa dia kat Sabak Bernam. Tok Alang bagi buah durian. Siap kami gi kait buah rambutan kat belakang rumah dia. Balik dari rumah adik ipar aku request kat mak buat pulut makan dengan durian dan santan segar. Orang kedah biasalah makan macam tu. Al maklumlah adik ipar aku kan orang kedah. Aku pun lahap gak. Sedap. Malam dok rumah je. Tengok tv. Macam biasalah sebelum tidur layan cerita She-Wolf dulu. hehe :p

2/1/2012 - Lepak rumah je

Hari ni lepak rumah je. Tengok tv sampai ke malam. Packing my stuff sebab esoknya nak balik ke Melaka dah. Dalam petang bibik uji call tanya aku boleh tolong hantarkan pursue farah ke kampus dia ke tak sebab farah tertinggal pursue dia. Aku cakap boleh aje. Bibik uji suh amik kat rumah dia.

3/1/2012 - Balik ke Melaka dan pergi Kampus untuk kelas AFM

Dalam pukul 1.30 petang gerak dari rumah. Gi rumah bibik uji dulu. Amik pursue si farah tertinggal. Pastu baru gerak ke Melaka. Sampai melaka je terus menghala ke Lendu. Nak gi UiTM Lendu jupe si farah bagi pursue dia. Dalam pukul 5 petang gak lah sampai ke UiTM Lendu. Pas jupe terus gerak ke Taman Pokok Mangga. Ingat nak ke kelas terus tapi awal lagi. Letak la dulu barang-barang kat rumah. Jupe la si mas tengah dok berusaha melipat segala kain baju dia tu. hehe.. Dalam pukul 6 baru la gerak ke kelas. Sampai je ke kampus g makan roti canai dulu kat Restoran Maju. Pas makan baru la ke kelas. Kelas AFM start pukul 6.30 petang. Sepanjang dalam kelas aku tak dapat menumpukan perhatian. Yelah aku tak paham apa dia ajar. Dah lah tak ada slides. Buku rujukan lagi la tak ada. Nak tulis apa pun aku tak tau. Dah la permohonan aku untuk biasiswa mymaster tak berjaya. Sedih weyh.. tak apa lah. Takde rezeki. Nak buat macam manakan. Janji jangan patah semangat. Balik dari kelas mas sms kata ada cerita Sherlock Holmes. Perghh pecut terus balik rumah semata-mata nak tengok cerita tu. Assignment yang nak kena hantar esok tak buat lagi. haih la labuuuu.. hehe.. Pas habis je cerita Sherlock Holmes, aku terus masuk bilik dan memulakan operasi membuat assignment. Berusaha sedaya upaya menyiapkan assignment. Pukul 7 pagi baru tidur itupun part yang akhir sekali tak buat lagi. Takpe buat kemudian.

4/1/2012 - Siapkan assignment, teman mas g Lawyer Firm & Econsave dan petang pergi ke kelas TOM

Disebabkan aku tidur lambat maka pukul 12 tengahari baru aku bangun. Itupun sebab kakak kesayangan aku, Kak Salina sms aku nak beritahu pasal surat pengesahan berhenti kerja aku yang aku hilangkan tu. Bangun-bangun tegur si mas yang tengah memasak di dapur. Relax-relax dulu untuk menyegarkan mata selepas bangun tidur. Makan lah nasi goreng sebagai lunch aku hari ini. Lepas makan masuk bilik semula untuk menyiapkan assignment. Dalam pukul 2 petang selepas mandi teman mas g lawyer firm untuk bayar fee beli rumah. Balik dari lawyer firm singgah Econsave beli barang-barang untuk masak Spagetthi. Mas nak masak spagetthi katanya. Dah sampai rumah aku pun sambung buat assignment. Tinggal lagi sikit je nak siap. Slow-slow je buat. Mas plak sibuk memasak spagetthi di dapur. Akhirnya siap gak assignment aku. Yeah! Pas mas siap masak apa lagi, makan la kan. Takkan nak ambil bau je kot. hehe.. Lepas makan bersiap-siap gi ke kelas. Sampai kampus dalam pukul 6.30 petang. Pergi cari kedai stationary kat Hang Tuah Walk tapi tak ada. Aiseyhhh. Last-last gi makan roti canai kat Restoran Maju dengan fizah, mirzan & apis. Oh ya hari ini kelas start pukul 8 malam. Lepas makan balik ke kelas. Pergi print assignment yang aku siapkan tadi. Lecturer belum sampai lagi. So borak-borak la dulu dengan kawan-kawan. Dalam pukul 8 lebih baru lecturer masuk. Itupun tak terus mengajar. So after beberapa belas minit berlalu, barulah start mengajar. Itupun bagi 2 soalan ala-ala mid term exam untuk kitaorang jawab. Boleh tahan susah gak. Tapi takpe aku akan terus menguatkan semangat aku untuk terus belajar. hehe.. chewahhh! :p Balik dari kelas aku terus balik rumah. Mas ada di rumah. borak-borak, tengok tv. Last skali hari ini layan cerita hindustan di tv2 Dil To Pagal Hai dan update blog ini. Sekian...

Wednesday, December 28, 2011

Ceritera tentang rambutku : Mohawk Style

Semalam, 27th Dec dapat sms dari member kelas AFM cancel. Aku keluar rumah dengan kepala kosong. Takde niat nak potong rambut pun. Hala tuju aku time tu just nak tukar duit $50 Dollar Singapore pastu nak bank in RM200 kat kakak aku. Dah tukar duit aku gi kat Maybank Hang Tuah untuk bank in. Pastu macam blur tak tau nak gi mana. Last-last gi makan roti canai kat Restoran Maju. 2 keping tu aku tibai makan. Dengan aku minum teh tarik. Tengah dok makan, hujan pulak turun. Aiseyhhh. Parking keter dah la jauh sebab parking full. Kena redah je la jawabnya.

Pas abis makan, aku pi la bayar kat kaunter. Terus redah hujan. Tetiba lalu da dekat-dekat dengan Ocean lalu kaki aku terus menapak nak masuk Ocean. Tetiba aku teringat kenangan lama. Dulu aku selalu masuk Ocean sebab nak cari cd games dengan budak-budak serumah. Time tuh baru 1st year kat KUTKM a.k.a UTeM. Baru kenal games katakan. Dah ada laptop sendiri. Mana tak excited nak bli macam-macam cd games. Time tu Ocean sampai tingkat 3 banyak kedai cd. But now tinggal 2 tingkat je kedai yang bukak. Itupun kedai cd kat ground floor je. Actually aku pernah potong rambut kat Ocean gak. Masa 1st year gak la. Tuh bila masuk Ocean semalam barulah terdetik hati nak potong rambut. Ada gak kenangan teman bekas kekasih hati buat rebonding rambut kat Ocean ni. Time tuh da final year kat UTeM. Kenangan je. Mana boleh lupakan. Akal fikiran Alhamdulillah masih cerdas lagi. Hehehe...

So bila da masuk Ocean yang da bertahun aku tak masuk, 1st thing 1st jalan-jalan dulu usha kedai apa je yang tinggal dalam Ocean ni. Bila da puas pusing baru la pi kedai gunting rambut yang aku rasa nak pi. Tapi aku elak nak pi kedai gunting rambut Mak Nyah. Sebabnya, pengalaman lepas aku teman bekas kekasih hati aku pi potong rambut kat kedai gunting rambut Mak Nyah (tapi bukan kat Ocean la..) boleh masa dia dok potong rambut si Sya tuh dia boleh bercerita sex life dia dengan member dia dalam kedai dia tuh. Eeee tak hormat customer betul lah. Geli aku dengar weyh!! Mau muntah hijau aku dibuatnya. So directly aku ckp kat Sya aku tak mau gi kedai tu lagi. Erkk!!

Akhirnya kaki aku masuk satu kedai gunting rambut yang mana hairstylish nya lelaki cina. Lelaki dengan perempuan je aku ok. Jangan Mak Nyah. Seram weyh! haha.. Masuk-masuk kedai aku tanya dulu kat lelaki cina tuh berapa harga kalau potong pendek? Dia kata RM10 sahaja. So aku kata mau potong pendek. Time tuh blur aku mula lagi. Tak tau nak potong pendek yang macam mana. Last-last laki cina itu bagi suggestion buat Mohawk Style. Aku pun on je la. Memang aku biasa buat Mohawk Style pun. Tapi biasanya bila potong nampak biasa je. Balik-balik style yang sama. Ah lantak la. Janji potong sebab rambut aku dah panjang dan kepala aku dah naik pening. Masa tengah potong rambut tuh, perghh dengar radio channel IKIM.fm tuh. Tak sangka betul laki cina ni leh dengar IKIM.fm.

Akhirnya bila abis potong hasilnya.... Perghh aku suka. Aku suka. Aku suka. hehe.. Meh meh tengok gambar rambut Mohawk aku..

Front view

Left side view

Right side view

Kali ni rambut tengah tak potong nipis sangat. Biasa aku suruh tukang gunting rambut nipiskan senipis-nipisnya. So ada nampak macam muka budak nakal tak? hehe.. Sahab dengan Mas kata aku dah macam budak nakal dengan style rambut baru ni. Hehehe.. Tapi pic ni tak dapat tunjukkan angle-angle yang best sebab aku yang tangkap sendiri pic ni. Haha.. Layan~~

Oklah. Malas nak berceritera lagi. Sambung kemudian ok :)

Tuesday, December 27, 2011

The Story About X'mas Holiday 2011

I'm at Melaka during Christmas Holiday? Normally i'm with my family at Sg Buloh. But this year i'm at Melaka and just hang out with my frriends. Two days before x'mas, I just go to Stadium Hang Tuah to watch futsal match but its damn bored. Got sms from my friend, Zana invite me to watch movie with her at GSC AEON Bandaraya Melaka. She wants watching Sherlock Holmes 2: A Game Of Shadows. That movie are awesome! I like it even didn't watch the 1st movie. After finish watching movie we go to McDonald, Dataran Pahlawan to have dinner. Actually we go there because want to 'mngusha awek2'. Hehe. Sooo naughty! ;p  Around 12.30am we going back and the next day which is x'mas eve we want go to Portugis Settlement to watch tradition x'mas festival.

On 24th of December, in the evening i'm fetch Zana at her house at Bukit Katil and going to Dataran Pahlawan again. 1st thing we do there is had a dinner @ Johnny's Restaurant. Giler lapar! haha. I ate so much. My stomach was distended. After that, Zana want to go to Digi Roadshow at the main entrance at Dataran Pahlawan Megamall. She wanted to buy a smartphone. She go to 1 of the promoter to asks about the new Digi promotion. Tanya punya tanya tak juga member aku ni beli. Haiyarkk. Last2 tengok performance by a few ladies that dance Lady Gaga song in front of the roadshow. She get excited when watch it. Dia suruh aku take a pic dia dengan that girls. Wanna see that pic? haha..

This pic when the girls had change their cloth to Santa cloth.. ho ho ho.. See her noty face! ho ho ho again~~

See my pic.. steady je :) hehe..

Our pic together.. Ho hO ho~~

After done with the roadshow, we decide to go to Portugis Settlement at Ujong Pasir, Melaka. But we fetch Sahab first at Stadium Hang Tuah then after that go to Ujong Pasir. Gosh! All along the road are jammed! Supposed to take 15-30min to go there. But almost 1 hour we arrived there. We enter the settlement. I feel so excited. I already stay at Melaka for 5 years but never go to this settlement to watch this community tradition festival. When i arrive here, that's not only portugis celebrate but from other race also celebrate for X'mas coming. Chinese, Indian, Malay and even tourist also celebrate this festival. Sangat Meriah! They use spray foam to replace snow because Malaysia not a winter country. The spray foam had sell with price RM10 for three cans. But we didn't buy because we just wanted to see how they celebrate this festive and see the X'mas decoration at each of Portugis houses. During see the environment of the festive, kami kena spray oleh mereka-mereka yang sedang seronok meraikan pesta Krismas ni. Nasib baik bau spray buih tu wangi. Best! I feels like want to got sprayed again by unknown people there. Sangat teruja sebenarnya. Even the tourist also not missed sprayed by them. But the tourist also excited and amazed with this festive. Meriah! When the clock almost 12am, the fireworks adorn the space. All the people there watch and shout for joy. We had a great time there. Sorry no pic we taken because that place to crowd with people who come to celebrate X'mas. At 12.30am we're going back and minum-minum at Restoran El Izzat before sent Zana back to her house.

On 25th of December, I follow Sahab to his friend wedding day at Parit Amal, Muar, Johor. Meet a few friends that i also known. Bertukar khabar berita. Malangnya Mas tak dapat ikut sebab kena kerja. Kesian dia. Balik dari Muar ingat nak keluar dengan Zana, tapi bila tengok jalan nak ke rumah dia and nak ke Bandar Hilir jam teruk, terus tak jadi. Akhirnya melepak kat Stadium Hang Tuah tengok futsal match je. Oh ya lepak situ sebab Mas kena handle venue kat situ sempena Piala Taming Sari 80jam untuk buat Malaysia Book of Records. Petang tuh Ketua Menteri Melaka, Datuk Ali Rustam datang untuk melawat. Dia menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang Bola Jaring Piala Ketua Menteri. Pun diadakan di venue yang sama. Untuk buat rekod gak. 60jam. Tapi tak sampai 60jam pun. Cuma boleh catat 40.5jam. Tapi kira rekod jugalah sebab tiada lagi penganjuran sebegitu di Malaysia. Sampai ke malam aku dengan Sahab lepak kat Stadium. Oh ya, aku ingin mengucapkan tahniah kepada kawan-kawan aku yang menyertai futsal match ni kerana berjaya memenangi tempat pertama. Judas team & Tangga Batu team. Congratulation guys!

Lebih kurang kul9.30pm aku dengan Sahab pi Restoran El Izzat untuk makan. Lapar da weyh! Aku order Teh 0 Halia Suam (My favourite) dengan bihun tom yam seafood. Sepanjang masa kat sana aku sangat terhibur dengan karaoke kat situ. Orang-orang yang menyanyi, menari dengan berbalas pantun sume masuk air. Giler aku dengan Sahab dok ketawa. Haha~~ Yang bestnya seorang lelaki cina ni nama Uncle Chua menyanyi lagu hindustan. Sangat excited dia nyanyi. Memang best. Ramai betul customer yang datang ke Restoran El Izzat. Plus sume sporting sungguh. Sedar tak sedar aku dengan Sahab da duk kat sana berjam. Sampai kul12am. Syok tengok kerenah-kerenah penghibur yang tak lekang buat lawak mereka. Then balik semula ke stadium tunggu Mas sampai habis kerja. Around 1.30am barulah pulang ke rumah. Tidur dengan nyenyaknya.

On 26th December, I wake up late. 2pm I just woke up. Sahab, Mas & Me get ready to go out to had a lunch. We going to had a lunch at KFC AEON Bandaraya Melaka. I order dinner plate set for my self. Original chicken. My Favourite since I kid. During Mas & me make an order at the counter, a Chinese lady had cut the queue to take order. She has been scolded by one Malay lady customer that annoy with her behaviour. Shame on her of Chinese lady. Totally no manner! Tabik spring pada customer Melayu tadi. After we finish our lunch, we fetch mak at Melaka Sentral and straight away going home. Sampai je rumah aku sambung tidur semula. Mungkin aku terlalu penat bersuka ria. Hehe. Bangun dari tidur aku layan movie Robin Hood & Spiderman kat channel Astro HBO. Kiranya hari ini just menghabiskan masa di rumah tengok t.v dan menulis blog ini :)

That a story about my X'mas Holiday at Melaka. Really enjoy during the holiday. On 27th of December, need to go to class back :)

Wednesday, December 21, 2011

Last evening presentation.

20th of December 2011, turn of my group to present our journal reflection title Ability of Accounting and Audit Quality Variables to Predict Bank Failure During the Financial Crisis. This is during lecture of MTKM 5043 - Accounting & Finance for Managers aka AFM.

Mendapat pujian bagus dari Prof. Madya Dr. Hanim Norza Baba. Oh bangga sekejap. Seolah-olah terus bersemangat nak buat next assignment and presentation sebaik mungkin. Hehe. Tapi masa present sebenarnya ada part yang tak present kerana kelewatan seorang group member di mana dia akan present part dia. Tapi tak apa. Buat apa yang terbaik. Dan akhirnya dapat pujian. Cehhh :p

Now try our best to do second assignment of AFM with journal reflection title Are Observed Capital Structure Determined by Equity Market Timing?. I need to compile the full report and slide presentation. Hope kali ini dapat lagi pujian dari prof. Go Kerck Go!! All the best to my team :)

Sunday, December 18, 2011

I miss my sis and kids so much.

Setelah 2 hari berlalu selepas berjumpa, mula rasa rindu kat akak sayang dan anak-anak. Rindu dengan kerenah anak-anak. Hurmm, semoga dapat bertemu lagi jika diizin olehNya. InsyaALLAH <3

I love my sis


I love aqiel & akiff

Saturday, December 17, 2011

Jalan-jalan di Singapore bersama kakak kesayangan dan keluarga pada 14/12/2011

Finally dapat gak merasa jalan-jalan dgn kak salina dan anak-anak. Happy sangat coz dapat spendtime sesama. Before ni tak penah dapat keluar sesama. Perbezaan cuti menjadi penghalang. Now pas aku berhenti akhirnya tercapai gak hajat nak berjalan-jalan, bersiar-siar dengan akak kesayangan aku dgn anak-anak tersayang. Jalan-jalan kat Singapore tuh. Aku tak penah g sana. Luar dari Malaysia plak tuh. Bila kak salina ajak and suruh buat passport esoknya terus buat. Excited bukan main. Bukan senang dapat peluang macam ni.

Gambar ni kat Coffee Beans tempat Abg Wan iaitu husband tercinta akak kesayanganku kerja. Makan-makan dan minum-minum dulu sebelum jalan-jalan. Yeah!!

Pada hari selasa malam iaitu 13/12/2011 bersamaan besday kakak tersayang, tepat kul10.30 malam maka bermulalah perjalananku ke Johor Bahru menuju ke rumah kak Salina di Plentong. Dengan hati yang begitu excited, aku men'drive'kan kereta aku dengan speedy 110km/j hingga 120km/j. Pada jam 12.00 tengah malam, aku berhenti di RnR Machap untuk buang air kecil seketika (padahal tak nak berhenti. Nak cepat sampai.. hehe). Tak sampai 10 minit aku berhenti, aku terus memecut kereta kancil aku yang tak berapa laju tuh tapi steady lagi ke JB. Hampir-hampir sejam gak masa diambil hingga sampai betul-betul depan rumah kak salina. Dalam dah nak hampir jam 1 pagi barulah muka aku muncul di depan rumah akak salina. Yeah! Alhamdulillah. Selamat sampai :)

Masuk-masuk rumah, (eh bagi salam dulu) hehe :p salam dan cium tangan akak salina (tu tandanya hormat orang yang lagi tua lagi-lagi kakak kita kan? Terbaiklah) Plus, terubat rindu kat akak syg sorang ni. hehe. Borak-borak, layan citer Mr Cinderella 2, akak buatkan nescafe, makan kerepek and lastly dah nak dekat kul 3 pagi barulah tido. Aku tak dapat tido sgt. Kejap-kejap terjaga. Mungkin rasa excited tak hilang lagi kot. Yelah da lama sangat tak jupe akak dengan anak-anak. Rindu sangat-sangat!!

Awal pagi dah bangun da. Sejak dah mula belajar ni jarang dah aku bangun awal-awal pagi ni. Al maklumlah kelas waktu petang je. hehe. Syoknya dapat melayan kerenah anak-anak. Aqiel & Akiff. The heroes and handsome boys :) Ajar Aqiel main games kat hp aku. Habislah dia dah mula dok syok layan games. Tak apelah janji dia tak ganas-ganas sangat. Biar dia leka sat layan games.

Pada petang 14/12/2011 bertolak ke Singapore. Yeah!! Excited betul. Aku lah excited. Si dak abg da syok tido kat pangkuan aku. hehe. abg ooOO abg. Muahx!! So arah dituju oleh si pemandu kereta pada hari itu iaitu ayah handsome kepada Aqiel & Akiff, Abg Wan ke Orchad Road, Singapore. Pictures lagi. Yeah!!

Abg Aqiel yang handsome :)

Alololo.. Main sorok-sorok pulak ye bang..

Me & Aqiel: Abg pandang mana tuh?

Yeay! Abg makan kek coklat.. Yum yum :)

Si ibu yang excited.. Peace dari akak tomey :)

Yeay akak tangkap pic adik, adik tangkap pic akak :)

Peace dari akak tomey :) Seronok ea jalan-jalan.. hehe :)

Nite View at Orchard Road, Singapore

Mother and son.. I love both of them <3 Muahx!! Peace! :)

Nite view at Orchard Road, Singapore

Nite view at ION Orchard Shopping Mall, Singapore

Nice view :)

Pokok lampu biru.. so nice :)


Abg & adk dgn gajah berwarna warni

Abg dgn gajah warna warni bunga-bunga plk

Adk akiff excited tgk lampu kt pillar..

Abg dgn gajah merah

Family kakak.. A happy family.

Abg & adik.. so cute..

A happy family :)

Abg & adik.. Pantang nampak gajah..

Abg bergambar dgn ibunya iaitu akak tomey :)


Both excited.. hehe

Akak tomey dgn patung merah.. tp pale patung tuh terpotong plk.. hehe


Me & abg :)

Me & abg.. abg pandang mana tuh?

Abg nak naik kuda pusing-pusing tuh tapi tak boleh naik.. cian dia.. pegang je bole

Abg dah tak larat nak jalan.. Naik stroller je.. abg senyum hensem lah! terbaik :)

PEACE! from both of us.. Terbaik! :) Love this pic!

Again with the Gajah :)

K.Salina snap this pic after i snap her pic using my hp :)

Three of us.. tp abg p pandang 'krismas tree' tuh..

Blur skit muka abg sbb abg bergerak.. snap by sis Salina :)

Abg excited pegang kuda pusing-pusing..

Alamak pic adik blur sbb die bergerak.. huhu

Kakak cute & saya yang cute gak.. hehe :)

Me & abg again with the Gajah yg pakai topeng.. hehe

Lastly, me & abg.. muka abg sudah penat.. cian die..


Sangat seronok. Really had a great time together. Balik JB semula dalam kul 11.30 malam. Malam tuh tidur amat nyenyak sekali sampai ke petang baru bangun akibat terlalu letih berjalan-jalan dan melayan kerenah anak-anak yang comel-comel itu. Hope dapat pergi lagi ke sana dengan akak tomey and family. Dah cakap dengan kakak nak beli jam Casio plak. Kt Singapore murah. Can't wait! :) Esoknya just lepak-lepak kat rumah dan bermain-main dengan anak-anak. Jumaat 16/12/2011, kul 9 pagi selepas hantar akak tomey g kerja aku terus balik Melaka. Tapi sebelum nak balik, abang merajuk tak nak bagi aku balik. Abang nyorok dalam bilik. Monyok je muka abang. Si adik pulak tak mau turun dari dukungan aku. Dua-dua tak bagi aku balik. Nak tak nak aku pujuk lah si abang janji dengan dia akan datang lagi dan belikan jam BEN10 untuk dia. Si dak adik plak aku cium puas-puas. Maka bertolak lah aku balik dan meninggalkan mereka dengan kenangan manis yang tak mungkin dapat aku lupakan. Sayang sangat-sangat pada akak tomey dan anak-anak. Love you all so much!